Penjenamaan Wayang Kulit Kelantan Sebagai Aset Budaya

oleh Fara Dayana Mohd Jufry

Date          : Friday, 8 August 2014
Time          : 5.30pm-6.30pm
Venue        : George Town World Heritage Inc.,
                      116 & 118, Lebuh Acheh, 10200 Penang

Language : Bahasa Malaysia

Sesi taklimat tentang Wayang Kulit Kelantan meliputi dua aspek utama, iaitu sejarah dan struktur persembahan Wayang Kulit Kelantan. Struktur tersebut terbahagi kepada empat elemen, iaitu dalang, boneka dan bayang, skrin putih dan muzik. Secara dasarnya, taklimat ini membincangkan Wayang Kulit Kelantan secara asas untuk difahami oleh orang ramai. Sesuai dengan tajuk, ‘penjenamaan’ yang merujuk kepada sesi pengenalan bagi orang ramai mengenali dan membezakan struktur persembahan Wayang Kulit Kelantan berbanding Wayang Kulit lain yang terdapat di Malaysia.

 

Mengenai penceramah :

Fara Dayana Mohd Jufry merupakan lulusan Sarjana dari Universiti Sains Malaysia dalam jurusan Drama & Teater. Beliau telah terlibat dalam pementasan teater dan persembahan kebudayaan tradisi terutamanya wayang kulit Kelantan sejak tahun 2006. Minat beliau dalam persembahan wayang kulit Kelantan mendorong beliau untuk mengajar seni budaya ini kepada orang ramai melalui sesi bengkel anjuran USM dan agensi-agensi lain.

 

 

Kopi Conversations are free and all are welcomed, but do let us know if you’re coming in order for us to have enough seats, snacks and coffee.

Email us at or contact our staff at 04 - 261 6606. SPACE IS LIMITED to 50 people. Registration is required and on first come, first served basis. Please note that latecomers may be turned away.