Pengumuman

Pengiktirafan dan Anugerah Warisan George Town World Heritage Incorporated 2020

Pengiktirafan dan Anugerah Warisan
George Town World Heritage Incorporated 2020

Pengiktirafan dan Anugerah Warisan George Town World Heritage Incorporated 2020 kini terbuka untuk pencalonan untuk menghargai individu dan kumpulan atas sumbangan yang luar biasa mereka dalam memelihara Nilai Keunggulan Sejagat Tapak Warisan Dunia UNESCO George Town.

Muat Turun Borang Pencalonan (Microsoft Word):

Semua borang pencalonan dan dokumen sokongan mesti dihantar ke George Town World Heritage Incorporated selewat-lewatnya pada 15 April 2020, jam 5:00 petang untuk dipertimbangkan bagi pengiktirafan dan anugerah tahun ini. Serahan lewat akan dipertimbangkan untuk sesi pengiktirafan dan penganugerah pada tahun yang berikutnya.

Countdown

4 KATEGORI PENCALONAN

Anugerah Konservasi, Kemajuan dan Adaptasi

Kriteria:

Untuk projek-projek pemeliharaan bangunan warisan atau projek yang melengkapi dan menggunakan fabrik warisan sedia ada, memperbaharui cara guna dan pembangunan baru yang bersimpati dan berharmoni dengan cara guna tradisi tapak dan strukturnya serta yang dapat meningkatkan atau mengekalkan nilai warisannya.
Mana-mana projek di dalam Tapak Warisan Dunia George Town yang telah selesai antara tahun 2008 dan 2019.
Anugerah akan diberikan kepada pemilik projek.

Kelayakan:

Mana-mana projek dalam Tapak Warisan Dunia George Town yang telah selesai antara tahun 2008 dan 2019.

Anugerah Program dan Aktiviti Warisan Budaya

Kriteria:

Untuk program atau aktiviti berkaitan warisan kebudayaan yang menonjol dan telah dianjurkan secara berterusan sejak 5 tahun yang lalu dengan tujuan untuk mempromosikan pendidikan, interpretasi dan penglibatan masyarakat dalam warisan.
Anugerah akan diberikan kepada penganjur utama.

Kriteria:

Program atau aktiviti berkaitan warisan budaya yang dicalonkan mesti dijalankan, berarak melalui atau diasaskan di dalam Tapak Warisan Dunia UNESCO George Town dan telah dijalankan secara berterusan selama 5 tahun yang lalu (2015 – 2019).

Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat

Kriteria:

Bagi individu yang telah memberi komitmen jangka panjang dan mempunyai kepakaran khusus dalam bidang pemeliharaan, perlindungan, penguasaan kemahiran, pengetahuan, amalan, dan telah menunjukkan usaha yang cemerlang, kemahiran dan dedikasi untuk berkongsi kemahiran dan pengetahuan warisan budaya.

Kelayakan:

Warganegara Malaysia atau penduduk tetap, berumur 60 tahun ke atas, memberikan sumbangan kepada warisan kebudayaan Pulau Pinang.

Pengiktirafan Kesinambungan Budaya

Kriteria:

Mana-mana individu, organisasi, perniagaan atau perkhidmatan yang telah ditubuhkan atau menjalankan kegiatan sekurang-kurangnya 25 tahun dan menonjol dalam meneruskan tradisi nilai warisan budaya George Town.

Kelayakan:

Platinum: 100 tahun ke atas
Emas: 50 – 99 tahun
Perak: 25 – 49 tahun
Warganegara Malaysia atau penduduk tetap.
Calon adalah boleh dari dalam atau luar Tapak Warisan Dunia George Town, tetapi mereka haruslah menunjukkan kegiatan aktif dalam 25 tahun terakhir sekurang-kurangnya.

TARIKH TUTUP

15 April 2020, jam 5:00 petang

Muat Turun Borang Pencalonan (Microsoft Word):

KAEDAH PENCALONAN

1. Individu dan kumpulan boleh menghantar pencalonan untuk diri sendiri atau dicalonkan oleh pihak lain.
2. Muat turun Borang Pencalonan (Microsoft Word)

Bahasa Melayu | Bahasa Inggeris | Bahasa Cina

3. Lengkapkan borang dan sediakan semua dokumen sokongan untuk penyerahan.
4. Hantar set dokumen yang lengkap sama ada melalui e-mel kepada [email protected] atau pos atau hantar terus ke alamat:
George Town World Heritage Incorporated,(Pengiktirafan dan Anugerah Warisan 2020)No. 116 & 118, Lebuh Acheh,10200 George Town,Pulau Pinang.

TARIKH TUTUP

Semua borang pencalonan dan dokumen sokongan mesti dihantar ke George Town World Heritage Incorporated selewat-lewatnya pada 15 April 2020, jam 5:00 petang untuk dipertimbangkan bagi pengiktirafan dan anugerah tahun ini. Serahan lewat akan dipertimbangkan untuk sesi pengiktirafan dan penganugerah pada tahun yang berikutnya.

PROSES SEMAKAN DAN PEMILIHAN

1. Pencalonan akan disemak oleh Panel Juri yang dilantik oleh George Town World Heritage Incorporated dan anugerah diperakukan oleh Lembaga Pengarah George Town World Heritage Incorporated.
2. Penerima anugerah yang layak akan dimaklumkan selepas pencalonan telah diluluskan.
3. George Town World Heritage Incorporated akan mengumumkan keputusan penyertaan dan pencalonan pada 7 Jun 2020.

PANEL JURI

Cik Moe Chiba

Pakar Program dan Ketua Unit Kebudayaan, Pejabat UNESCO Jakarta

Prof Emeritus Datin Paduka Siti Zuraina Abdul Majid

Bekas Ketua Pengarah, Jabatan Warisan Negara

Dr Rohit Jigyasu

Pengurus Projek, The International Centre for the Study of the Preservation and Restoration of Cultural Property (ICCROM)

Dr Paritta Chalermpow Koanantakool

Bekas Pengarah, Pusat Antropologi The Princess Maha Chakri Sirindhorn

Dr Ang Ming Chee

Pengurus Besar, George Town World Heritage Incorporated

ANUGERAH

1. Setiap penerima anugerah akan diberikan satu plak dan sijil.

2. Penerima juga akan diberi keutamaan dalam mana-mana aktiviti mempromosi kebudayaan George Town World Heritage Incorporated.

PENYAMPAIAN ANUGERAH

Penerima anugerah akan dijemput menghadiri satu majlis khas untuk penyampaian anugerah dan  menerima anugerah masing-masing daripada Ketua Menteri Pulau Pinang.

MAKLUMAT LANJUT

Sila emel [email protected] atau hubungi 04-261 6606 (Cik Sim Jun Hui / Cik Lee Cheah Woon).