Soalan Lazim

SOALAN LAZIM

TAPAK WARISAN DUNIA UNESCO GEORGE TOWN

Apakah maksud Tapak Warisan Dunia?

Tapak Warisan Dunia ialah satu pengiktirafan daripada Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) yang diberikan kepada tempat yang mempunyai Nilai Keunggulan Sejagat dan memenuhi sekurang-kurangnya satu daripada sepuluh kriteria yang telah ditetapkan. Negara ahli Konvensyen Pelindungan Warisan Budaya dan Semula Jadi Dunia boleh mencalonkan tapak-tapak yang mengandungi Nilai Keunggulan Sejagat supaya disenaraikan sebagai Tapak Warisan Dunia. Lihat Kriteria Pemilihan.

Bilakah George Town diisytiharkan sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO?

Pusat bandar George Town dan Melaka telah diisyitharkan secara bersama sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO atas nama Bandar-bandar Bersejarah di Selat Melaka pada 7 Julai 2008 semasa Persidangan Jawatankuasa Warisan Dunia ke-32 yang berlangsung di bandar Québec, Kanada.

Apakah Nilai Keunggulan Sejagat George Town?

Nilai Keunggulan Sejagat George Town adalah berdasarkan atribut yang berikut: (i) bandar perdagangan pelbagai budaya, (ii) warisan dan tradisi pelbagai budaya, dan (iii) seni bina, budaya, dan seni bandar yang unik.

Di manakah boleh saya dapatkan peta George Town?

Anda boleh memuat turun peta daripada halaman Sumber.

Di manakah boleh saya dapatkan maklumat mengenai pengangkutan awam di George Town?

Sila layari Rapid Penang untuk maklumat laluan bas dan jadual perjalanan.

Apakah pakaian yang sesuai semasa mengunjungi George Town?

Berjalan kaki di George Town merupakan kaedah yang terbaik untuk mengenali budaya George Town. Pakailah sepasang kasut yang sesuai untuk berjalan, pakai topi ataupun bawa payung dan sapukan krim pelindung matahari. Pakai pakaian yang sesuai semasa mengunjungi tempat-tempat beribadat.

Di manakah terletaknya tandas awam di George Town?

Tandas-tandas awam terletak di Padang Kota Lama, Pasar Chowrasta, Astaka Medanika, Kampung Kolam, Medan Renong, Pengkalan Weld, Pasar Lebuh Campbell, Tanjung Selera Weld Quay, Pusat Khidmat Setempat (Padang Kota Lama), Surau Bandaraya Lebuh Duke (Padang Kota Lama) dan Komplek Letak Kereta MBPP Lebuh Pantai.

Apakah aktiviti-aktiviti yang disambut di George Town?

Sila semak Kalendar Aktiviti pada laman sesawang Penang Global Tourism.

Saya hendak melakukan penggambaran video / filem di George Town, perlukah saya dapatkan permit?

Ya, anda perlu memohon lesen penggambaran melalui Bahagian Pelesenan, Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP). Di samping itu, anda juga boleh merujuk kepada Rancangan Kawasan Khas: George Town Bandar Bersejarah di Selat Melaka bagi kriteria prestasi untuk lokasi filem di Tapak Warisan Dunia UNESCO George Town.

Saya hendak membuat lukisan dinding (mural) di George Town, bagaimanakah saya mendapat kebenaran?

Muat turun borang permohonan dan serahkan kepada Jabatan Konservasi Warisan, Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP).

Di mana saya boleh mendapatkan gambar lama George Town?

Lawati Visions of Penang , pengumpulan imej kecil dalam talian dan versi imej air di dalamnya. Anda juga boleh menghubungi Pusat Sumber di 04-261 0985 atau e-mel kepada kami untuk mendapatkan maklumat lanjut.

GEORGE TOWN WORLD HERITAGE INCORPORATED (GTWHI)

Apakah fungsi George Town World Heritage Incorporated (GTWHI)?

George Town World Heritage Incorporated adalah agensi yang ditubuhkan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk mengurus, memulihara dan mempromosi Tapak Warisan Dunia UNESCO George Town serta Nilai Keunggulan Sejagatnya.

Bagaimanakah cara untuk membuat temu janji bagi mendapatkan khidmat nasihat mengenai pemuliharaan warisan?

Untuk mendapatkan khidmat nasihat mengenai pemuliharaan dan pemulihan bangunan warisan, sila emel kepada Encik Muhammad Hijas Sahari di hijas[at]gtwhi[dot]com[dot]my.

Bolehkah saya dapatkan khidmat nasihat mengenai konservasi kertas dan tekstil?

Sila hubungi kami untuk keterangan lanjut.

Bagaimanakah cara untuk saya mengetahui maklumat terkini mengenai aktiviti-aktiviti GTWHI?

Sila ikuti laman sosial kami – Facebook (@gtwhi), Twitter (@wearegtwhi) dan Instagram (@gtwhi).

Bolehkah saya gunakan maklumat dan gambar daripada laman sesawang GTWHI / halaman media sosial untuk kegunaan laman sesawang / penerbitan saya?

Sila emel kepada kami untuk mendapatkan kebenaran terlebih dahulu, nyatakan tujuan  penghasilan semula maklumat dan gambar. Ianya hanya boleh digunakan untuk tujuan akademik dan bukan perniagaan. Sila pastikan anda merakamkan penghargaan terhadap George Town World Heritage Incorporated dalam penerbitan anda.

Apakah jenis perkhidmatan yang disediakan oleh Pusat Interpretasi GTWHI kepada orang awam?

Ia dilengkapi dengan pusat sumber yang mempunyai koleksi buku, majalah dan jurnal bagi rujukan pelajar dan penyelidik. Anda juga boleh mengakses rakaman audio (Sejarah Lisan George Town) dan video (Tukang Seni dan Pengamal Tempatan George Town).

Bagaimanakah cara untuk membuat temu janji bagi mengakses bahan-bahan multimedia seperti rakaman audio dan video?

Isikan borang ini untuk membuat temu janji sekurang-kurangnya tiga hari waktu bekerja sebelum tarikh temu janji.

Bagaimanakah cara untuk memohon jawatan kosong di GTWHI?

Layari laman Kerjaya untuk maklumat lanjut.

Adakah GTWHI menawarkan program latihan industri?

Ya, kami menawarkan peluang latihan industri di pejabat kami. Lihat halaman Program Latihan Industri untuk maklumat lanjut.

Adakah GTWHI merekrut sukarelawan atau pembantu parti?

Ya, kami merekrut sukarelawan dan pekerja sambilan, terutamanya untuk Perayaan-perayaan Warisan George Town dan projek-projek lain.

Adakah GTWHI menyediakan perkhidmatan lawatan berpandu?

Kami tidak menawarkan perkhidmatan ini buat sementara waktu. Anda boleh menghubungi Persatuan Pemandu-Pemandu Pelancong Pulau Pinang untuk menggunakan khidmat pemandu pelancong.

TEMU BUAL DAN ROMBONGAN LAWATAN SAMBIL BELAJAR

Saya hendak menjalankan penyelidikan dan kajian untuk tujuan akademik, bolehkah saya menemu ramah wakil dari GTWHI?

Temu bual boleh dilakukan dengan temu janji dan mengemukakan surat rasmi permohonan untuk temu bual yang menggunakan kepala surat institusi pendidikan dan nyatakan maklumat mengenai abstrak kajian, latar belakang kajian serta senarai soalan untuk temu bual berkenaan.

Saya seorang wartawan dan ingin membuat temu ramah dengan GTWHI, siapakah yang boleh saya hubungi?

Sila emel kepada info[at]gtwhi[dot]com[dot]my dan nyatakan cadangan tarikh dan masa untuk temu ramah serta senarai soalan.

Bagaimanakah saya boleh membuat temujanji untuk lawatan kumpulan sekolah ke GTWHI?

Sila e-mel info@gtwhi.com.my/ms dan sertakan butir-butir lawatan yang dicadangkan seperti (1) nama dan alamat institusi pendidikan, (2) orang hubungan, (3) bilangan pelawat dan kumpulan umur kumpulan, (4) tarikh dan masa yang dicadangkan, (5) tujuan lawatan, (6) bidang pengajian, dan (7) bahasa pembentangan pilihan.

PERAYAAN WARISAN GEORGE TOWN

Apakah Perayaan Warisan George Town?

Perayaan Warisan George Town disambut setiap tahun untuk meraikan pengisytiharan George Town sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO George Town di samping menonjolkan warisan, kebudayaan dan tradisi komuniti tempatan.

Bila dan di manakah Perayaan Warisan George Town diadakan?

Perayaan ini biasanya diadakan setiap bulan Julai di enklaf warisan George Town.

Bolehkah saya melibatkan diri dalam Perayaan Warisan George Town?

Anda boleh melibatkan diri dengan bekerja sebagai staf projek atau sukarelawan semasa perayaan.

Adakah Perayaan Warisan George Town boleh disertai secara percuma oleh orang awam?

Ya, perayaan ini dibuka secara percuma kepada orang awam (selain yang dinyatakan).

Bolehkah saya mengambil gambar semasa aktiviti perayaan?

Ya, boleh. Kami mengalu-alukan anda menonjolkan bakat fotografi semasa Perayaan berkenaan. Anda boleh melabelkan kami dalam media sosial, iaitu Facebook (@georgetowncelebrations) dan Instagram (@heritagecelebrations).

PEMBELIAN SECARA ATAS TALIAN

Saya hendak membeli buku / cenderahati dari GTWHI. Bagaimana cara pembelian?

Anda boleh membeli di pejabat kami atau membuat pesanan atas talian dengan emel kepada info[at]gtwhi[dot]com[dot]my dan nyatakan barangan yang ingin dibeli. Kami juga menyediakan penghantaran antarabangsa dan akan memaklumkan sebutharga bagi kos penghantaran yang akan dikenakan. Pembayaran untuk pembelian atas talian dibuat secara pindahan wang.

MASIH PERLUKAN BANTUAN?

Soalan saya tidak dijawab di sini, bagaimana cara untuk mendapatkan maklumat lanjut?

Hubungi pejabat kami di talian +604-261 6606 atau emel kepada info[at]gtwhi[dot]com[dot]my.