Program Latihan Industri

Please note that we are currently not accepting applications for the George Town World Heritage Incorporated Internship Programme.

PROGRAM LATIHAN INDUSTRI

Program latihan industri yang disediakan oleh George Town World Heritage Incorporated menawarkan pengalaman belajar yang bermanfaat kepada pelatih, meningkat pengetahuan akademik mereka dengan tugasan pekerjaan yang relevan dan melatih generasi baru menjadi profesional dalam bidang warisan. Pelajar latihan industri berpeluang untuk menjalankan latihan praktikal dan didedahkan dengan alam pekerjaan yang sebenar yang dapat meningkatkan portfolio kerjaya profesional mereka. Terdapat empat sesi pengambilan dalam setahun – Januari, April, Julai dan Oktober.

ADAKAH ANDA LAYAK?

Anda boleh memohon untuk menjalani latihan industri sekiranya anda memenuhi syarat-syarat seperti berikut:

✓ Berusia 21 tahun

✓ Boleh bekerja tidak kurang daripada enam (6) bulan

✓ Sedang mengikuti program Ijazah Sarjana Muda/ Pasca-siswazah; atau telah memperolehi ijazah/ ijazah sarjana dalam tempoh 12 bulan sebelum memulakan program latihan industri. 

✓ Berkemahiran berkomunikasi dengan baik dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu (berkebolehan untuk bertutur dalam Mandarin dan Tamil adalah satu kelebihan)

✓ Berpengetahuan komputer

TERMA DAN SYARAT-SYARAT

  • George Town World Heritage Incorporated tidak menyediakan saraan kepada pelatih.
  • Tempoh latihan industri adalah enam (6) bulan.

LOKASI

  • George Town, Pulau Pinang, Malaysia.

BAGAIMANA UNTUK MEMOHON

Anda perlu megisi Google Form dan memuat naik dokumen-dokumen seperti berikut:

  1. Salinan IC/ Passport (depan dan belakang)
  2. Sijil-sijil akademik
  3. Resume (PDF, maksimum 2 muka surat)
  4. Pernyataan peribadi (PDF, maksimum 2 muka surat. Nyatakan mengapa anda ingin menjalani latihan industri di GTWHI, bagaimana anda boleh menyumbang, bagaimana latihan industri ini dapat memberi manfaat kepada masa depan anda dan apakah yang anda ingin pelajari semasa menjalani latihan industri)
  5. Surat sokongan institusi pendidikan anda

Untuk sebarang pertanyaan, sila emel kepada hr[at]gtwhi[dot]com[dot]my. Hanya calon yang disenarai pendek akan dihubungi untuk sesi temuduga.