George Town Heritage Habitat Seed Fund

GEORGE TOWN HERITAGE HABITAT SEED FUND

George Town Heritage Habitat Seed Fund merupakan inisiatif Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan George Town World Heritage Incorporated bagi memelihara warisan budaya dalam Tapak Warisan Dunia UNESCO George Town.

Kerajaan Negeri Pulau Pinang menyalurkan dana sebanyak RM3 juta untuk menjayakan program ini, bagi membantu pemilik bangunan warisan di dalam Tapak Warisan Dunia UNESCO George Town yang menyewakan bangunan mereka dengan tempoh yang panjang supaya membaiki dan memulihara bangunan warisan mereka, dan sebagai pertukaran untuk penyewaan jangka panjang pada kadar sewa yang berpatutan.

Program ini telah dilancarkan pada 24 November 2018, dengan sekurang-kurangnya 10 premis warisan Kategori II terlibat dalam fasa pertama program ini. Kerja-kerja membaiki dan pemulihan akan bermula pada 2019. Bangunan Kategori II membentuk sebahagian besar daripada seni bina landskap kebudayaan di George Town, di mana penghuninya adalah penduduk dan warisan hidup yang menyumbang kepada Nilai Keunggulan Sejagat tapak ini.

Pemohon yang berjaya akan menerima pembiayaan dana bagi menampung kos pembelian bahan dan bayaran profesional bagi kerja-kerja pembaikan fizikal dan pemuliharaan premis mereka. Penyewa yang terlibat dapat menaik taraf kawasan kediaman mereka dan akan dapat memanjangkan perjanjian penyewaan sekurang-kurangnya lima tahun dengan kadar sewa yang dipersetujui bersama.

Untuk maklumat lanjut dan memohon insentif, hubungi Cik Lee Cheah Woon di talian 011-6268 2786 atau e-mel kepada cheahwoon[at]gtwhi[dot]com[dot]my.

Muat turun Garis Panduan Permohonan George Town Heritage Habitat Seed Fund
Bahasa English/Bahasa Cina | Bahasa English/Bahasa Melayu