VOP Code: | Letter2 |
Category: | Malay Manuscript |
Size: | n/a |
Title: | Permintaan untuk membaiki jam yang telah rosak |
Keywords: | Baiki, jam Orolis, 10 Rabiul Akhir, |
Manuscript No.: | SOAS MS 40320/2, f.87 (Image: RECTO_02_090), |
Year: | 1785 – 1794 |
Source: | Archives and Special Collections SOAS Library |
Permintaan untuk membaiki jam yang telah rosak
Transliteration:
Al-Mustahaqqah Surat tulus ikhlas berkasih kasihan daripada beta sampai kepada sahabat beta Gurnador Pulau Pinang yang arif lagi bijaksana telah masyhur ke mana2 kemudian dari itu ahwal adalah jam Orolis satu ada binasa sedikit itulah beta beri pergi pada sahabat beta dibawa budak beta Panjang Acheh minta sahabat beta terima jam Orolis itu beri pada orang yang tahu baiki itu suruh baiki baik2 serah beri mari pada Panjang Acheh ahwal inilah beta nyatakan pada sahabat beta perbuat surat hari Khamis sepuluh haribulan Rabiul Akhir tamat al-kalam
Malay Description:
Surat Sultan Abdullah kepada Francis Light memaklumkan kepada Light berkenaan jam baginda yang telah rosak. Jam itu dihantar kepada kepada Light melalui Panjang Acheh untuk dibaiki dan hendaklah diserahkan semula kepada sultan melalui Panjang Acheh selepas dibaiki. Surat telah ditulis pada hari Khamis, 10 Rabiul Akhir.
Summary:
A letter from Sultan Abdullah to Francis Light, informing about his damaged Orolis watch that needed repair. The watch was sent to Light through Panjang Acheh and was expected to be given back to Panjang Acheh once repaired. The letter was written on Thursday, 10th Rabiul Akhir.
How to request an image?
The images are copyright to the School of Oriental and African Studies (SOAS) Library.
Postal address:
Archives and Special Collections, SOAS Library, University of London, Thornhaugh Street, Russell Square, London WC1H 0XG
For Further Information, Please Contact
Professor Dato’ Dr. Ahmad Murad Merican (muradmerican@gmail.com), Universiti Sains Malaysia.
Mr. Abdur-Rahman Mohamed Amin (urrahman_amin@petronas.com.my), Universiti Teknologi PETRONAS.