VOP Code: | Letter12 |
Category: | Malay Manuscript |
Size: | 24.9 x 27.7 cm |
Title: | Orang Tenu dan Keling yang lari ke Pulau Pinang dan hutang tukang-tukang |
Keywords: | budak Tenu, bunuh, tukang, 23 Syawal, |
Manuscript No.: | SOAS MS 40320/5, f.14, |
Year: | 1785 – 1794 |
Source: | Archives and Special Collections SOAS Library – http://www.soas.ac.uk/library/archives/contact/ |
Orang Tenu dan Keling yang lari ke Pulau Pinang dan hutang tukang-tukang
Transliteration:
Al-Mustahaqqah Surat tulus ikhlas berkasih kasihan muafakat yang tiada berkesudahan daripada beta sampai kepada sahabat beta Gurnador Pulau Pinang yang akil bijaksana telah masyhur sampai ke mana mana dari atas angin dan ke barat angin kedengaran bahana pada perintah bersahabat sangat sempurna kemudian dari itu barang tahu sahabat beta ahwal akan surat daripada sahabat beta yang dibawa Sahbandar Seri Pekerma Raja dan Panglima Kota Seri Bijaya Muluk itu telah sampailah kepada beta dengan purnanya maka segala tersebut di dalamnya itu telah fahamlah beta dengan sesungguhnya seperti kata sahabat beta negeri ini samalah dengan Pulau Pinang itu kerugian sahabat itu kerugian beta juga maka akan budak Selasih seorang sahabat beta beri mari ini sampailah pada beta dengan ikhlas putih hati sahabat beta maka beta pun terima ambil maka akan budak2 Tenu dan Keling itu nyata ditebus pada masa sahabat beta lagi duduk di kuala ini maka budak2 itu sahabat beta berilah mari menurut surat sahabat beta ini maka dikata budak-budak itu takut dibunuh orang itu sahabat beta pun ketahui hendak mendengar khabar yang jahat tanya pada seterunya dan hendak mendengar khabar yang baik tanya kepada sahabatnya maka perintah bunuh membunuh di dalam negeri ini beta seorang tiada boleh orang buat pandai sendiri maka kata budak2 Tenu dan Keling nyata sudah jahat berseteru dengan tuannya itu maka dirinya lari kata yang jahatlah yang dikatakannya itu sahabat beta pun sudah ketahui kerja itu maka akan tukang larik dan tukang tembaga itu dengan sesungguhnya bukan hamba sekadar berhutang pada hamba dan pada orang lain pun banyak itulah daftarnya beta beri pergi pada sahabat beta tentu segala fasalnya utang itu maka tukang larik dan tukang tembaga itu sahabat beta hendak bayar utangnya sudah selesai sahabat beta bayar benarlah tukang2 itu hendak pulang ke negeri Keling itu perbuat surat pada hari Khamis pada tiga likur haribulan Sawal tamat al-kalam
Malay Description:
Surat Sultan Abdullah kepada Francis Light memaklumkan penerimaan suratnya yang dikirim melalui Syahbandar Seri Pekerma Raja dan Panglima Kota Seri Bijaya Muluk. Sultan Abdullah telah menerima budak bernama Selasih yang dikirim oleh Light. Sultan Abdullah meminta dipulangkan orang-orang Tenu dan Keling yang telah lari ke Pulau Pinang, serta jangan mendengar fitnah yang menyatakan bahawa mereka itu akan dibunuh. Ini kerana, perintah menjatuhkan hukuman bunuh di Kedah hanyalah di bawah bidang kuasa sultan. Berkenaan dengan tukang larik dan tukang tembaga yang berhutang, senarai hutangnya telah dihantar kepada Light. Sekiranya hutang mereka telah selesai dibayar, maka benarkanlah tukang-tukang itu untuk pulang ke negeri Keling. Surat ini telah siap ditulis pada hari Khamis, 23 Syawal.
Summary:
A letter from the Sultan, notifying that he had received the letter from Francis Light which had been delivered through Syahbandar Seri Pekerma Raja and Panglima Kota Seri Bijaya Muluk.The Sultan had received a slave, named Selasih from Light. The Sultan had also requested that the Tenu and Keling people who escaped to Pulau Pinang be returned to Kedah, and remindered Light not to listen to the slander, claiming that they would be executed. The execution order in Kedah had been within the jurisdiction of the Sultan only. In relation to the `Tukang Larik` and `Tukang Tembaga`, the list of their debts had been given to Light and once their debts had been settled, they may return to India. The letter was written on Thursday, 23rd of Syawal.
How to request an image?
The images are copyright to the School of Oriental and African Studies (SOAS) Library.
Postal address:
SOAS Library, University of London
Thornhaugh Street
Russell Square
London
WC1H 0XG
Manuscript Reference Number: MS 40320
Acknowledgement:
We would like to thank the Archives and Special Collections, School of Oriental and African Studies (SOAS) Library, University of London, for providing access to the Light Letters Collection. We are particularly indebted to Susannah Rayner, who was head of Archives and Special Collections at SOAS Library and Erich Kesse, the Digital Library Project Officer at SOAS Library. Our gratitude goes to Dr. Mulaika Hijjas, Professor Ernst Ulrich Kratz and Dato’ Dr. Annabel Teh Gallop. Our appreciation is also extended to Zulqarnain Abu Bakar, Muhaimin Sulam, M Pisol Mat Isa, M Nuri al-Amin and Raja Ahmad Iskandar Raja Yaacob of the Department of Management and Humanities, Universiti Teknologi PETRONAS.
Accuracy:
Every effort has been made to ensure the accuracy of the transliteration and summary for each letter. Any comment and feedback are welcomed.
For Further Information, Please Contact
Professor Dato’ Dr. Ahmad Murad Merican (muradmerican@gmail.com), Universiti Sains Malaysia.
Mr. Abdur-Rahman Mohamed Amin (urrahman_amin@petronas.com.my), Universiti Teknologi PETRONAS.