| VOP Code: | Letter138 |
| Category: | Malay Manuscript |
| Size: | 17.3 x 20.8 cm |
| Title: | Sultan Abdullah minta Light mengadap mengenai surat Raja Siam dan Raja Selangor |
| Keywords: | Beras, gajah, Tenu, 16 Rabiul Akhir, |
| Manuscript No.: | SOAS MS 40320/10, f.67, |
| Year: | 1785 – 1794 |
| Source: | Archives and Special Collections SOAS Library – http://www.soas.ac.uk/library/archives/contact/ |
Sultan Abdullah minta Light mengadap mengenai surat Raja Siam dan Raja Selangor
Transliteration:
Al-Mustahaqqah Surat tulus ikhlas daripada beta sampai kepada sahabat beta Senyur Gurnador Pulau Pinang maka adalah Raja Siam beri surat mari kepada beta ini kehendak perahu tengah dua ratus haluan dan orang lima ribu dengan alat senjata ubat peluru suruh beta siap lengkapi diberi segera pergi pukul negeri (mim-ra-ya-ta) Tenu dan beras dan dagangan kain baik2 dan gajah banyak jenis dikehendak Raja Siam kepada beta ini maka di dalam beta muafakat dengan segala menteri pegawai hendak dibicarakan seperti kehendak Raja Siam itu tiba2 datang surat Raja Selangor sampai pada beta pada hari Ahad lima belas haribulan Rabiul Akhir maka inilah beta nyatakan kepada sahabat beta pinta sahabat beta mari segera kepada beta ini boleh beta muafakat dengan sahabat beta bicarakan perintah Raja Siam dan surat Raja Selangor ini beri tentu boleh segera beta balas suratnya itu diberi berlayar pergi jika apa ada kerja sahabat beta itu ditinggalkan dahulu mari kepada beta ini pergi surat pada hari Isnin enam belas haribulan Rabiul Akhir tamat al-kalam
Malay Description:
Surat Sultan Abdullah kepada Francis Light berkenaan surat Raja Siam yang meminta 150 buah perahu dan 5,000 orang beserta senjata dan peluru untuk membantu serangan tentera Siam. Raja Siam turut meminta beras, kain dagangan dan gajah. Ketika baginda sedang sibuk berbincang dengan menteri tentang urusan dari Raja Siam, datang pula surat Raja Selangor pada 15 Rabiul Akhir, hari Ahad. Baginda meminta Light untuk segera datang mengadap untuk berbincang tentang urusan Raja Siam dan Raja Selangor. Baginda meminta Light meninggalkan urusan kerjanya di Pulau Pinang untuk segera datang mengadap baginda. Surat ini ditulis pada hari Isnin, 16 Rabiul Akhir.
Summary:
Sultan Abdullah`s letter to Francis Light on the request by the King of Siam for 150 perahus and 5,000 men, together with weapons and ammunition to assist the Siamese army. The Siamese King had also asked for rice, textiles and elephants from Kedah. The letter also referred to another request by the Sultan of Selangor. Sultan Abdullah requested Light to meet him to seek his opinion. This letter was written on Monday, 16th Rabiul Akhir.
How to request an image?
The images are copyright to the School of Oriental and African Studies (SOAS) Library.
Postal address:
SOAS Library, University of London
Thornhaugh Street
Russell Square
London
WC1H 0XG
Manuscript Reference Number: MS 40320
Acknowledgement:
We would like to thank the Archives and Special Collections, School of Oriental and African Studies (SOAS) Library, University of London, for providing access to the Light Letters Collection. We are particularly indebted to Susannah Rayner, who was head of Archives and Special Collections at SOAS Library and Erich Kesse, the Digital Library Project Officer at SOAS Library. Our gratitude goes to Dr. Mulaika Hijjas, Professor Ernst Ulrich Kratz and Dato’ Dr. Annabel Teh Gallop. Our appreciation is also extended to Zulqarnain Abu Bakar, Muhaimin Sulam, M Pisol Mat Isa, M Nuri al-Amin and Raja Ahmad Iskandar Raja Yaacob of the Department of Management and Humanities, Universiti Teknologi PETRONAS.
Accuracy:
Every effort has been made to ensure the accuracy of the transliteration and summary for each letter. Any comment and feedback are welcomed.
For Further Information, Please Contact
Professor Dato’ Dr. Ahmad Murad Merican (muradmerican@gmail.com), Universiti Sains Malaysia.
Mr. Abdur-Rahman Mohamed Amin (urrahman_amin@petronas.com.my), Universiti Teknologi PETRONAS.







