Mercu Tanda Utama

MERCU TANDA UTAMA

Kaya dengan pengumpulan seni bina yang unik dan indah, tempat ibadat dan bangunan yang dipulihkan kepada kemuliaan asalnya, banyak yang dapat diterokai di Tapak Warisan Dunia UNESCO George Town. Pelawat boleh meneroka George Town dengan berjalan kaki dan memanfaatkan waktu mereka untuk menemui tarikan-tarikan warisan yang terbina dan yang hidup di bandar bersejarah ini.