KERJAYA
Kami sentiasa mencari bakat baharu dalam menyertai pasukan kami di George Town World Heritage Incorporated untuk bersama-sama mengurus, melindungi dan mempromosikan Tapak Warisan Dunia UNESCO George Town. Anda akan bekerja dalam persekitaran yang mencabar, namun menyeronokkan, bersama sekumpulan individu yang datang daripada pelbagai budaya, latar belakang dan kepakaran.
Sebelum memohon, anda disarankan untuk mengetahui serba sedikit mengenai organisasi kami, Tapak Warisan Dunia UNESCO George Town, dan bidang kerja kami.
CARA
MEMOHON
- Permohonan akan dibuka dari 1 Ogos hingga 31 Ogos 2025.
- Sila baca dengan teliti deskripsi tugas dan syarat kelayakan.
- Lengkapkan Borang Permohonan Pekerjaan dan hantar.
- Hanya pemohon yang disenarai pendek akan dihubungi untuk sesi temu duga.
- Untuk sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi hr@gtwhi.com.my.
- Hanya permohonan yang dihantar melalui pautan di atas akan dilayan dan dipertimbangkan.







