FESTIVAL GEORGE TOWN
Festival George Town merupakan aktiviti tahunan yang terkenal di peringkat antarabangsa yang berkendali di bawah payung George Town World Heritage Incorporated sejak mula dilaksanakan pada tahun 2010. Dengan menyambut pengiktirafan George Town sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO serta Nilai Keunggulan Sejagatnya, festival ini mempamerkan kekayaan dan kepelbagaian kesenian, kebudayaan dan warisan melalui persembahan berkelas dunia dan pelaksanaan dengan kolaborasi bersama artis-artis tempatan dan antarabangsa.
Perancangan Festival pada tahun 2010 bertujuan untuk melibatkan penduduk di Tapak Warisan Dunia secara aktif dan menjadikannya sebagai pemangkin untuk menghasilkan bandar mapan dan sesuai didiami. Festival ini juga diharapkan untuk meningkatkan tahap kualiti kehidupan penduduk tempatan, memupuk rasa kepunyaan terhadap bandar ini dan turut mengambil bahagian dalam program festival.
Festival George Town ialah satu platform yang menggalakkan perkembangan seni di samping menghidupkan semula ruang yang digunakan dan belum digunakan di Tapak Warisan Dunia UNESCO George Town. Festival ini telah memperoleh pengiktirafan jenama selama bertahun-tahun dengan liputan media yang luas serta pelbagai penghargaan. Pengunjung tempatan dan antarabangsa juga akan datang ke George Town untuk menyelami dan merasai Festival ini yang mengandungi pelbagai program seperti kesenian, kebudayaan, muzik, teater, tarian, opera dan filem.
Tahun 2019 merupakan edisi ke-10 bagi Festival ini yang dijalankan dengan kerjasama antara artis, perniagaan tempatan dan komuniti dalam perayaan seni, budaya dan warisan yang kolektif. Di samping mempromosikan kesenian dan warisan kepelbagaian budaya di peringkat antarabangsa, Festival ini juga bertujuan untuk memperkembangkan bentuk kesenian dan pendidikan warisan serta memupuk penghargaan terhadap peranan kesenian dan warisan di George Town. Sekurang-kurangnya 70% daripada acara festival adalah diberi kemasukan percuma kepada orang awam dan mempamerkan minimum 40% program dan persembahan artis tempatan.
Festival George Town 2019 akan diadakan pada 13 hingga 28 Julai 2019 dan TLM Event Sdn Bhd telah dilantik sebagai kontraktor untuk merancang, mengurus dan mengembangkan Festival ini. Untuk maklumat lanjut, layari https://georgetownfestival.com.