21 MARCH 2019
SAMBUTAN HARI WARISAN GEORGE TOWN 2019
Sambutan Tahunan Hari Warisan George Town yang dipacu komuniti kembali lagi tahun ini dari 6 – 8 Julai 2019 bagi meraikan ulang tahun ke-11 pengisytiharan George Town sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO. Bertemakan Jom Raikan – Ritual dan Acara Perayaan, sambutan ini akan memberi peluang kepada pengunjung untuk mencuba sendiri tradisi yang ada di George Town sekaligus memberi pengalaman langsung kepada mereka.
Tema ini mengetengahkan Bandar George Town sebagai satu bandar warisan yang hidup dan pelbagai, dengan upacara ritual dan acara perayaan tradisional dan acara kebudayaan seperti sambutan kelahiran, upacara perkahwinan, dan perayaan besar untuk menghormati dewa, yang masih diamalkan dan dirayakan sehingga hari ini.
Sambutan ini akan turut menampilkan penduduk George Town yang terus hidup bersama dalam keharmonian melalui persefahaman tradisi pelbagai budaya yang diwarisi turun-temurun walaupun berbeza etnik dan budaya.
Pada 6 Julai 2019, satu festival jalanan akan berlangsung dari 6 petang hingga 11 malam di tengah bandar George Town. Program ini diatur bersama-sama dengan masyarakat setempat di mana ia akan berpusat pada upacara ritual dan acara perayaan mereka, selain merangkumi aktiviti interaktif seperti bengkel, demonstrasi, persembahan dan permainan.
Lawatan tapak ke tujuh lokasi pula akan diadakan dari 6 – 8 Julai 2019, di mana peserta akan berpeluang memperkaya dan meluaskan pengetahuan mereka tentang pelbagai budaya dan tradisi dari tapak keagamaan bersejarah yang akan mereka lawati.
Untuk maklumat lanjut, ikuti Perayaan Warisan George Town di Facebook (George Town Heritage Celebrations) dan Instagram (@heritagecelebrations).
Muat Turun Risalah Sambutan Hari Warisan George Town 2019
Bahasa Inggeris | Bahasa Malaysia | Bahasa Cina | Bahasa Tamil
Muat Turun Buku Maklumat Sambutan Hari Warisan George Town 2019 (PDF, 12MB)
Muat Turun
LAWATAN TAPAK
Melalui lawatan tapak ini, peserta akan berpeluang untuk menyantuni komuniti tempatan George Town dan merasai sendiri budaya dan tradisi mereka. Melalui pengalaman ini, pengetahuan mereka akan diperkaya dan diperluaskan sambil mempelajari tentang sejarah tapak tersebut.
Date | Time | Venue | Location | Registration |
6 July 2019 | 9am – 11am | State Chinese (Penang) Association | Jalan Perak | Register |
6 July 2019 | 12pm – 2pm | Nattukottai Nagarathar Heritage Society | Lebuh Penang | Register |
7 July 2019 | 10am – 12pm | Kapitan Keling Mosque | Jalan Buckingham | Register |
7 July 2019 | 1pm – 3pm | Penang Eurasian Association | Jalan Kelawai | Register |
7 July 2019 | 4pm – 6pm | Gujarati Samaj Penang | Jalan Green Hall | Register |
8 July 2019 | 10am – 12pm | Wadda Gurdwara Sahib Penang | Jalan Gurdwara | Register |
8 July 2019 | 4pm – 6pm | Nam Hooi Wooi Koon | Lebuh Chulia | Register |
Yuran adalah RM30 (MyKad / MyKid) dan RM50 (Standard) setiap tapak. Sila berpakaian sesuai untuk melawat tempat ibadat. Untuk butiran lanjut, sila hubungi kami melalui Facebook (George Town Heritage Celebrations) atau WhatsApp di +6017-428 1848.
PENGAMBILAN SUKARELAWAN
Jadi sukarelawan dalam salah satu perayaan terbesar di Tapak Warisan Dunia UNESCO George Town untuk merasai secara langsung tradisi kita yang masih ada. Jangan lepaskan peluang ini untuk menyantuni komuniti tempatan, memperolehi kemahiran dan pengetahuan baharu serta menjadi sebahagian dari ahli pasukan yang menjayakan acara ini.
Pesta Jalanan
Tempat: Tapak Warisan Dunia UNESCO George Town, Pulau Pinang
Tarikh: 6 Julai 2019, Sabtu
Masa: 6 petang – 11 malam
Sebagai sukarelawan, anda akan menerima:
- Sijil Pengiktirafan.
- Baju-T edisi terhad Sambutan Warisan George Town 2019.
- Makan dan minum pada hari anda bertugas.