Pengumuman

Program Lawatan Felo Ke George Town World Heritage Incorporated (GTWHI)

Program Lawatan Felo Ke George Town World Heritage Incorporated (GTWHI)

George Town World Heritage Incorporated (GTWHI) menjemput Pengurus Tapak Warisan Dunia dan Profesional Warisan Budaya dari seluruh dunia untuk memohon Program Lawatan Felo ke GTWHI.

Objektif

  1. Untuk menggalakkan pemahaman tentang fungsi GTWHI sebagai Pengurus Tapak Warisan Dunia.
  2. Untuk bertukar pandangan mengenai sistem pengurusan tapak dan budaya kerja.
  3. Untuk meningkatkan pemahaman tentang pelbagai warisan budaya di George Town.
  4. Untuk mengukuhkan rangkaian dan kerjasama dengan rakan kongsi antarabangsa mengenai Pengurusan Tapak Warisan Budaya.

 

Mengenai Program Felo Ini

  1. Enam slot felo disediakan setiap tahun.
  2. Pemohon hendaklah menyatakan tarikh mula pilihan mereka (mana-mana tarikh dari 1 Jun 2025 hingga 31 Mei 2026) dalam Borang Permohonan.
  3. Felow yang terpilih akan diberikan ruang kerja di GTWHI selama sebulan dan dijemput untuk menyumbang dalam aktiviti Pengurusan Tapak dan bekerjasama rapat dengan komuniti setempat.
  4. Honorarium sebanyak Ringgit Malaysia Dua Ribu Lima Ratus Sahaja (RM2,500.00) akan diberikan sekali sahaja kepada felo yang berjaya.

 

Permohonan

  1. Isi Borang Permohonan Dalam Talian mulai 1 April 2025 hingga 31 May 2025.
  2. Jawatankuasa Pemilihan Program akan menghubungi calon yang disenarai pendek untuk temu duga pada awal Jun 2025. Calon yang berjaya akan dimaklumkan melalui e-mel pada pertengahan Jun 2025.
  3. Senarai felo yang berjaya akan diumumkan di laman web George Town World Heritage Incorporated dan media sosial.

 

Kelayakan dan Syarat

  1. Pemohon mesti bergabung dengan institusi warisan budaya yang sudah ditubuhkan atau agensi Pengurus Tapak Warisan Dunia selama sekurang-kurangnya lima tahun.
  2. Pemohon mestilah berumur sekurang-kurangnya 30 tahun dan tidak melebihi 60 tahun pada waktu permohonan.
  3. Program ini terbuka kepada rakyat Malaysia dan mana-mana warganegara yang tidak mempunyai sekatan imigresen untuk memasuki Malaysia.
  4. Pemohon mesti mempunyai penguasaan yang baik untuk menulis dan bertutur dalam Bahasa Inggeris.
  5. Pemohon hendaklah memiliki kemahiran interpersonal dan komunikasi yang baik dan boleh menyesuaikan diri dengan persekitaran kerja pelbagai budaya.
  6. Felo yang terpilih bertanggungjawab untuk mendapatkan visa mereka sendiri dan sebarang urusan lain.
  7. Felo yang terpilih adalah bertanggungjawab untuk membiayai perjalanan mereka ke dan dari George Town, Pulau Pinang sendiri.
  8. Felo yang terpilih mesti memberikan bukti pelan insurans kesihatan komprehensif yang sah di Malaysia sepanjang tempoh program.

 

Penamatan

GTWHI berhak untuk menamatkan program ini pada bila-bila masa.

Hubungi Kami

Untuk pertanyaan lanjut mengenai program ini, sila e-mel kepada Cik Nur Hidayah Jaafar (info@gtwhi.com.my).

 

Dikemaskini Pada: 15 Januari 2025

Muat turun Polisi Anti-Sogokan dan Rasuah George Town World Heritage Incorporation (PDF).