Komunikasi dan Kolaborasi

Vick Quah Swee Leang

Vick Quah Swee Leang

Pengurus, Bahagian Komunikasi dan Kolaborasi
vick[at]gtwhi[dot]com[dot]my

Bidang Kepakaran

  • Pengurusan Acara
  • Fotografi dan Videografi
  • Penyuntingan Foto dan Video
  • Pengurusan Logistik

MENGENAI SAYA

Vick Quah adalah Pengurus, Bahagian Komunikasi dan Kolaborasi di George Town World Heritage Incorporated, dengan pemahaman yang mendalam mengenai kerumitan mengendalikan acara-acara besar, terutamanya dalam memberikan pengalaman audio-visual yang luarbiasa kepada penonton. Melalui perancangan yang teliti dalam membuat penyelarasan produksi, visual dan logistik acara, beliau bertanggungjawab untuk memastikan bengkel, persidangan, dan Perayaan Hari Warisan George Town yang dianjurkan setiap tahun dapat dilaksanakan dengan efisien dan berkualiti tinggi. Vick telah bekerja dalam tugasan acara berskala kecil dan besar, di dalam dan luar negara, dengan pengalaman yang luas dalam peringkat pra-produksi, produksi dan paska-produksi. Penglibatannya yang aktif dalam pelbagai tugasan telah meningkatkan mutu kerjayanya dalam pengurusan acara, terutamanya dalam bidang penyelarasan logistik, sistem bunyi dan pencahayaan, serta penyediaan bahan-bahan untuk kegunaan acara. Vick sangat berkemahiran dalam bidang reka bentuk multimedia dan komunikasi visual, serta mempunyai bakat dalam fotografi dan videografi. Sebagai seorang yang celik teknologi, dia tidak dapat hidup tanpa gajet, dan suka bermain permainan video di waktu lapangnya. Makanan (antara nikmat kehidupan yang lain) adalah motivasi utamanya untuk bangun setiap pagi.

Saya merupakan seorang Pengurus Tapak yang berketerampilan kerana saya mampu beralih merentasi pelbagai aspek kerja bagi menyelesaikan masalah, memberikan sokongan dan membantu semua jabatan. Minat saya untuk mempelajari kemahiran praktikal dan teknikal membentuk pemahaman yang cekap terhadap asas pengurusan acara dan teknologi maklumat. Saya sering mengintepresasikan kreativiti saya melalui kamera dan komputer, terutamanya dengan mereka bentuk visual dan menyunting imej atau video. Mengendalikan lawatan berkumpulan bagi pelajar dan organisasi luar juga adalah rahsia saya untuk kekal muda bukan sahaja dari segi usia, tetapi juga dari segi minda dan jiwa.

  • Pengurus, Bahagian Komunikasi dan Kolaborasi, George Town World Heritage Incorporated (2023 – kini)
  • Empowering Local Communities through Creative Industry, Interpretation Centres and Museums in the Heritage City of George Town and Melaka, George Town World Heritage Incorporated and UNESCO Office in Jakarta, 2019.
  • Curation and Gallery Management Workshop, George Town World Heritage Incorporated, 2019.
  • Seventh Asia-Pacific Urban Forum (APUF-7), 2019.
  • Heritage and Conservation Workshop 2019: Lime, George Town World Heritage Incorporated, 2019.
  • Experience Sharing Workshop on Disaster Risk Reduction (DRR) Strategy among Heritage Cities in Southeast Asia, Pacific and Africa, George Town World Heritage Incorporated and UNESCO Office in Jakarta, 2019.
  • Community-Based Inventorying in George Town Wrap-up Workshop, George Town World Heritage Incorporated, 2019.
  • Emergency Response Team Training, Fire and Rescue Department (Bomba), 2019.
  • Community Workshop on Cultural Heritage Disaster Risk Management for George Town, George Town World Heritage Incorporated, 2019.
  • Community-Based Intangible Cultural Heritage Inventorying in George Town 2019: Training of Trainers Workshop, George Town World Heritage Incorporated, 2019. 
  • International Conference on Managing Urban Cultural Heritage, George Town World Heritage Incorporated, 2018.
  • Sub-Regional Meeting for Intangible Cultural Heritage Safeguarding in Southeast Asia, Penang, George Town World Heritage Incorporated and UNESCO Office in Jakarta, 2018.
  • Experience Sharing Workshop on Disaster Risk Reduction Strategy in Three Heritage Cities in Southeast Asia and the Pacific, UNESCO Office Jakarta, 2018.
  • Intangible Cultural Heritage Capacity Building Programme, George Town World Heritage Incorporated, 2018.
  • 2018 – 2022, Pegawai Pengurusan Acara, George Town World Heritage Incorporated 
  • 2017, Pembantu Logistik, George Town Heritage Celebrations, George Town World Heritage Incorporated.
  • 2009 – 2016, Jurugambar dan Sinematografi Profesional, Bebas. 
  • 2010 – 2012, Pengarah Fotografi dan Sinematografi, Motive Productions.

Telah Dijalankan;

  • 2020, Pai Thee Kong Celebration at Chew Jetty, George Town World Heritage Incorporated.
  • 2019, Eight Day of Chinese New Year Celebration at Chew Jetty, George Town World Heritage Incorporated.
  • 2017 – 2019, George Town Heritage Celebrations, George Town World Heritage Incorporated.
Mandarin  Cemerlang membaca, menulis dan bertutur
English  Cemerlang membaca, menulis dan bertutur
Bahasa Melayu  Cemerlang membaca, menulis dan bertutur
Thai  Fasih bertutur