Alam Bina dan Pengurusan

Muhammad Hijas Sahari

Muhammad Hijas Sahari (P.J.K)

Pengurus Bahagian Alam Bina dan Pengurusan
hijas[at]gtwhi[dot]com[dot]my

Bidang Kepakaran

  • Perancangan Bandar dan Wilayah
  • Pemuliharaan Warisan Ketara
  • Pengurusan Projek Pembangunan dan Konservasi

MENGENAI SAYA

Hijas kini berkhidmat sebagai Pengurus Bahagian Alam Bina dan Pengurusan (BEAM) di George Town World Heritage Incorporated. Hijas merupakan Konservator Berdaftar dengan Jabatan Warisan Negara, Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Malaysia. Tugas utama beliau adalah mengurus dan melindungi atribut-atribut warisan ketara dan tidak ketara bagi Nilai Keunggulan Sejagat (Outstanding Universal Value – OUV) Tapak Warisan Dunia UNESCO George Town yang merangkumi pemuliharaan dan pembaikan bangunan warisan, menyediakan sokongan teknikal mengenai perkara berkaitan warisan dan mempertingkatkan integrasi pembangunan mampan dalam persekitaran dan landskap bandar bersejarah dengan kesejahteraan sosio-budaya-ekonomi masyarakat setempat.

Saya merupakan seorang Pengurus Tapak yang penuh bersemangat kerana saya melaksanakan tugas sebagai pengurus tapak dengan penuh dedikasi, integriti dan menumpukan sebahagian besar masa saya dalam menjaga dan memulihara atribut warisan budaya ketara dan tidak ketara dalam Tapak Warisan Dunia UNESCO George Town. Tugas utama saya termasuk pengurusan perancangan dan kelestarian bandar warisan, penggunaan dan pembangunan tanah, bangunan dan pelaksanaan langkah-langkah strategik yang akan meningkatkan integrasi tapak warisan dengan persekitaran fizikal, sosio-budaya dan kesejahteraan ekonomi masyarakat tempatan. “Warisan adalah jiwa sesebuah tempat di mana masa lalu, masa kini, masa depan dan inspirasi hebat menanti. Cari dan alami dengan cara anda sendiri.”

  • Pengurus Bahagian Alam Bina dan Pengurusan
  • Ijazah Sarjana Sains Ukur Bahan, Pusat Pengajian Perumahan, Bangunan dan Perancangan, Universiti Sains Malaysia. (2006-2008) https://hbp.usm.my/
  • Ijazah Sarjana Muda Sains Perumahan, Bangunan dan Perancangan, Pusat Pengajian Perumahan, Bangunan dan Perancangan, Universiti Sains Malaysia. (2006-2008) https://hbp.usm.my/
  • Kursus Pengurusan dan Pemantauan Tapak Warisan Dunia dengan rujukan khas kepada China, ICCROM, CACH, Universiti Honghe, Landskap Budaya Teres Padi Honghe Hani, China, 2017
  • Perancangan Konservasi Bandar di Malaysia, George Town, Pulau Pinang, ThinkCity, Badan Warisan Malaysia, The Getty Conservation Institute, 2013.
  • 5 Modul Kursus Bersiri Pengurusan Projek Konservasi Bangunan Warisan, Jabatan Warisan Negara, Kuala Lumpur, 2011.
  • 2011 – 2016, Research Officer, George Town World Heritage Incorporated, Penang, Malaysia.
  • 2010, Town Planner, PIR Planners, Selangor, Malaysia.
  • 2009, Research Officer, Universiti Sains Malaysia, Penang, Malaysia.
  • 2006 – 2008, Research Assistant, Universiti Sains Malaysia, Penang, Malaysia.
  • 2024, Inisiatif Pemuliharaan dan Pemeliharaan Tapak Warisan Dunia UNESCO George Town, Pulau Pinang.
  • 2024, Cadangan Pembinaan Jeti Pelabuhan Tuna Di Pelabuhan Pulau Pinang.
  • 2024, Projek Virtual Island of Penang Heritage Dashboard, Majlis Bandaraya Pulau Pinang, Pulau Pinang
  • 2024, Kerja baikpulih Chinese Town Hall, Jalan Masjid Kapitan Keling, George Town, Pulau Pinang.
  • 2023, Kerja-Kerja Naik Taraf Kemudahan Pelancongan Dan Kerja-Kerja Berkaitan Di Makam Sheikh Omar, Kampung Melayu, Air Itam, Pulau Pinang.
  • 2023, Kerja-kerja membaiki Masjid Jamek Benggali, No. 39, Lebuh Leith di atas Lot 170 & 604, Seksyen 19, 10200, Bandar George Town, Daerah Timor Laut, Pulau Pinang.
  • 2023, Projek Pembangunan Lembaga Muzium Negeri Pulau Pinang.
  • 2023, Projek Menaik Taraf Chew Jetty dan Lim Jetty, George Town, Pulau Pinang
  • 2023, Projek Menaiktaraf Bangunan Masjid Jamek Perangin, Jalan Dr. Lim Chwee Leong, George Town, Pulau Pinang.
  • 2023, Kerja-kerja Menaiktaraf dan Membaiki Kerosakan Pada Bahagian Ambil Wudhu Bangunan Masjid Alimsah Wali, Lebuh Chulia, George Town, Pulau Pinang.
  • 2023, Kerja Baikpulih Bangunan Pejabat Pendidikan Daerah Timur Laut, No. 25, Jalan Sultan Ahmad Shah, George Town, Pulau Pinang.
  • 2023, Penilaian Anggaran Kos Penyelenggaraan Dan Pembaikan Balai Bomba Dan Penyelamat Lebuh Pantai, George Town, Pulau Pinang.
  • 2023, Kerja Membaikpulih Bangunan Wisma Kastam, George Town, Pulau Pinang.
  • 2023, Kerja-kerja membaiki kerosakan kecil pada bumbung, lantai dan parit Masjid Melayu Lebuh Acheh, George Town, Pulau Pinang.
  • 2023, Kerja-kerja Membaiki Struktur Bumbung Dalaman dan Yang Berkaitan Bagi Bangunan Koo Siang Wooi Koon, No. 67 Lebuh King, George Town, Pulau Pinang.
  • 2023, Kerja-kerja Membaiki Bumbung dan Yang Berkaitan Bagi Masjid Pintal Tali, George Town, Pulau Pinang.
  • 2023, Pembaikan dan Naik Taraf Pejabat Imigresen George Town, Pulau Pinang.
  • 2023, Kerja-kerja Pembangunan dan Baikpulih Gereja St. George, George Town, Pulau Pinang.
  • 2023, Kerja-kerja Membaik Pulih dan Kerja Berkaitan Dengan Kubu Kebal (Pillbox)
    Di Negeri Pulau Pinang.
  • 2023, Projek Pemasangan Pagar Baru Sementara Untuk Tokong Kuan Im di George Town, Pulau Pinang.
  • 2023, Cadangan Penempatan Semula dan Pembangunan Bertingkat di Kawasan Tanah Tambun di Atas Lot 10021, George Town, Pulau Pinang.
  • 2023, Penang Trishaw Riders Image Improvement Program @Pulau Pinang.
  • 2023, Kerja-kerja membaikpulih bangunan warisan No. 5, Lebuh King di bawah projek George Town Heritage Habitat Seed Fund, George Town, Pulau Pinang.
  • 2023, Penggantian Rancangan Kawasan Khas Tapak Warisan Dunia UNESCO George Town, Pulau Pinang.
  • 2022, Kerja-kerja Membaiki Bumbung dan Yang Berkaitan Bagi Masjid Kapitan Keling, George Town, Pulau Pinang.
  • 2022, Kerja-kerja Pemasangan Expanded Metal di Lubang Angin dan Penggantian Pintu Mampat Kepada Pintu Jerejak Serta Lain-lain Kerja di Penjara Reman, George Town, Pulau Pinang.
  • 2022, Revitalise The Activity at Sia Boey, KOMTAR Phase 5 at George Town, Pulau Pinang.
  • 2022, Kerja-kerja Membaiki Rumah Kayu Atas Air di No. 28 Jeti Lim, George Town, Pulau Pinang.
  • 2022, Kerja pembaikan bangunan Han Jiang Teochew Ancestral Temple, George Town, Pulau Pinang.
  • 2022, 5G Outdoor and IBC Rollout Progress, George Town, Pulau Pinang.
  • 2022, Projek menaiktaraf dermaga, jeti dan bangunan warisan sedia ada di kawasan Pengkalan Swettenham, George Town, Pulau Pinang.
  • 2021, Cadangan kerja-kerja baikpulih rumah agam Segara Ninda, George Town, Pulau Pinang.
  • 2021, Kerja pembaikan bangunan Kar Yin Fee Kuan, George Town, Pulau Pinang.
  • 2021, Kerja pembaikan bangunan Sun Wooi Wooi Koon, George Town, Pulau Pinang.
  • 2021, Kerja pembaikan bangunan Chung San Wooi Koon, George Town, Pulau Pinang.
  • 2021, Cadangan Garis Panduan Pemasangan Smart Street Pole (SSP), George Town, Pulau Pinang.
  • 2021, Kerja pembaikan rumah atas air di Jeti Klan, George Town, Pulau Pinang.
  • 2021, Kerja pembaikan jambatan kayu di Jeti Klan, George Town, Pulau Pinang.
  • 2021, Cadangan pindaan dan tambahan kepada 1 unit pejabat sedia ada No. 116 Lebuh Aceh dan pindaan kepada 1 unit pejabat 2 tingkat sedia ada No. 118 Lebuh Aceh di atas Lot 411, 1248, 1257 dan 1258, Seksyen 18, Bandaraya George Town, Daerah Timor Laut, Pulau Pinang.
  • 2021, Permohonan Kebenaran Merancang Pembangunan Crag Hotel di atas Lot 10000, Bukit Bendera, Daerah Timur Laut, Pulau Pinang.
  • 2021, Kerja-kerja membaikpulih bangunan warisan No. 1, Lorong Muda di bawah projek George Town Heritage Habitat Seed Fund, George Town, Pulau Pinang.
  • 2021, Kerja-kerja membaikpulih bangunan warisan No. 41, Lebuh Bishop di bawah projek George Town Heritage Habitat Seed Fund, George Town, Pulau Pinang.
  • 2021, Kerja-kerja membaikpulih bangunan warisan No. 42a, Lebuh Bishop di bawah projek George Town Heritage Habitat Seed Fund, George Town, Pulau Pinang.
  • 2021, Kerja-kerja membaikpulih bangunan warisan No. 23 & 25, Lebuh Queen di bawah projek George Town Heritage Habitat Seed Fund, George Town, Pulau Pinang.
  • 2020, Projek menaiktaraf, status warisan Bangunan Penjara Pulau Pinang & Perancangan Masa Hadapan, George Town, Pulau Pinang.
  • 2020, Kerja-kerja pemuliharaan berkenaan jejantas pejalan kaki dan tapak penjaja di Gat Lebuh Pasar dan Pengkalan Weld, George Town, Pulau Pinang.
  • 2020, Kerja-Kerja Konsultasi bagi tujuan Pemuliharaan Bangunan Warisan Pejabat Daerah & Tanah, Daerah Barat Daya serta Kerja-Kerja Berkaitan, George Town, Pulau Pinang.
  • 2020, Kerja baikpulih Pejabat Angkatan Pertahanan Awam Daerah Timur Laut, George Town, Pulau Pinang.
  • 2019, Kerja baikpulih bangunan No. 51 Lorong Toh Aka, George Town, Pulau Pinang.
  • 2019, Baikpulih bangunan pentas utama tokong Hock Teik Cheng Sin, George Town, Pulau Pinang.
  • 2019, Kajian Pelan Induk Kampung-kampung Warisan Pulau Pinang.
  • 2019, Kerja baikpulih bangunan No. 35 Lorong Carnarvon, George Town, Pulau Pinang.
  • 2019, Kerja baikpulih bangunan No. 39 Lebuh King, George Town, Pulau Pinang.
  • 2019, Kerja baikpulih tiang dan 2 daun tingkap kayu bangunan No. 69, Lebuh Acheh, George Town, Pulau Pinang.
  • 2019, Projek Pemuliharaan Tapak Perkuburan Protestant, Jalan Sultan Ahmad Shah, Fasa 5 di George Town, Pulau Pinang.
  • 2019, Kerja-kerja pemuliharaan bangunan warisan Persatuan Ta Kam Hong di No. 41 Lebuh Muntri, George Town, Pulau Pinang.
  • 2019, Kerja- kerja pemuliharaan bangunan Kuarters Pejabat Daerah dan Tanah Seberang Perai Utara Jalan St. Mark, Butterworth, Pulau Pinang.
  • 2019, Kerja-kerja konservasi dua buah meriam, Pulau Pinang.
  • 2019, Kerja-kerja pemuliharaan bangunan Wadda Gurdwara Sahib, Jalan Gurdwara, George Town, Pulau Pinang.
  • 2019, Kerja-kerja pemuliharaan bangunan warisan Pusat Transit Gelandangan di No. 19, Jalan CY Choy, George Town, Pulau Pinang.
  • 2019, Kerja-kerja baikpulih bangunan warisan Penang Grocers Association di No. 4 Jalan Pintal Tali, George Town, Pulau Pinang.
  • 2019, Kerja membaikpulih rumah kedai 2 tingkat sedia ada No. 94, 96, 98, 100, 102 & 102A, Lebuh Kimberley, George Town, Pulau Pinang.
  • 2018-2019, Kerja baikpulih Ta Kam Hong Building (Penang Goldsmith Association, No. 41 Lebuh Muntri 10200, George Town, Pulau Pinang.
  • 2018-2019, Kerja baikpulih Penang Grocers’ Association, No. 4, Rope Walk, 10100, George Town, Pulau Pinang.
  • 2018, Konferens Antarabangsa Managing Urban Cultural Heritage, George Town World Heritage Incorporated, George Town, Pulau Pinang.
  • 2017-2018, Kerja baikpulih of Ng Fook Thong Cantonese Districts Association Temple, 407, Lebuh Chulia, 10200, George Town, Pulau Pinang.
  • 2017, Feasibility Study Prior to the Introduction of the Rent Regulation Enactment, George Town, Pulau Pinang.
  • 2017, Kemaskini Tangible Heritage Building Inventories dalam kawasan Penampan, Tapak Warisan Dunia UNESCO George Town, Pulau Pinang.
  • 2017, Seminar Implementasi Rancangan Kawasan Khas Tapak Warisan Dunia UNESCO George Town, Pulau Pinang.
  • 2016-2017, Kerja Membaikpulih bangunan Majlis (Rumah Kedai) 2 Tingkat Sedia ada No. 94, 96, 98, 100, 102 & 102A, Lebuh Kimberly di atas Lot 1347 & 1348, Seksyen 18, D.T.L, George Town, Pulau Pinang.
  • 2016, Naik Taraf Platform di Jeti Chew, Tapak Warisan Dunia UNESCO George Town, Pulau Pinang.
  • 2016, Kemaskini Tangible Heritage Building Inventories dalam kawasan ‘Property’ Tapak Warisan Dunia UNESCO George Town, Pulau Pinang.
  • 2016, Kajian dan cadangan Taman Botani Pulau Pinang sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO (Fasa 1), Pulau Pinang.
  • 2016, Kajian dan Dokumentasi, Tapak Warisan Dunia UNESCO George Town, Pulau Pinang.
  • 2016, “The Power of Culture: Supporting Community-Based Management and Sustainable Tourism at World Heritage Sites in Malaysia and Southeast Asia”, UNESCO World Heritage and Sustainable Tourism Programme, George Town World Heritage Incorporated and UNESCO Office in Jakarta.
  • 2015, Penyediaan Peraturan-Peraturan Warisan Negeri Pulau Pinang 2016.
  • 2015, Pembangunan Kapasiti Warisan 2015.
  • 2014, Menyelenggara Dan Menaiktaraf Jeti-jeti Di Pengkalan Weld, George Town, Pulau Pinang.
  • 2014, Cadangan Pewartaan bagi Penang Free School, Pulau Pinang sebagai Tapak Warisan di bawah Akta Warisan Kebangsaan 2005.
  • 2014, Cadangan Pewartaan bagi Masjid Jamek Batu Uban, Pulau Pinang sebagai Tapak Warisan di bawah Akta Warisan Kebangsaan 2005.
  • 2014, Kerja-kerja Membaiki Premis No. 407, Lebuh Chulia, di atas Lot 435, Seksyen 18, D.T.L, Pulau Pinang Untuk Tetuan: Ng Fook Thong Association, George Town, Pulau Pinang.
  • 2012-2013, Integrated Heritage Database System, Tapak Warisan Dunia UNESCO George Town, Pulau Pinang.
  • Konservator Berdaftar dengan Jabatan Warisan Negara, Malaysia, 2018 – 2024.
Bahasa Melayu Bahasa ibunda. Fasih membaca, menulis, bertutur, dan mendengar.
English Fasih membaca, menulis, bertutur dan mendengar.
Bahasa Indonesia Fasih membaca dan mendengar, berpengetahuan asas dalam menulis dan bertutur.
Bahasa Bugis Berpengetahuan asas dalam bertutur dan mendengar.
  • 2022, Anugerah Pingat Jasa Kebaktian (PJK) sempena Sambutan Hari Ulang Tahun Ke-73 Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang pada 25 Julai 2022.
  • 2017, Naib Johan, Kategori ICT Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri Pulau Pinang Tahun 2016 bagi projek Tinjauan Aplikasi Mudah Alih “The New Innovation for Heritage Building Survey”. Dianugerahkan semasa Majlis Sambutan Hari Inovasi Peringkat Negeri Pulau Pinang Tahun 2017 pada 28 November 2017.
  • 2016, Pemenang, Anugerah Perancangan Inovatif untuk projek Tinjauan Aplikasi Mudah Alih – Inovasi Baharu untuk Kajian Bangunan Warisan, dianugerahkan semasa Anugerah Kecemerlangan Perancangan Institut Perancang Malaysia (MIP) pada 25 November 2016.