
Siti Norhaida Abd Rahman
Penolong Pegawai Komunikasi
sitinorhaida[at]gtwhi[dot]com[dot]my
Bidang Kepakaran
- Pengurusan Acara
- Penyelaras Logistik dan Pembantu Tadbir
- Penulisan dan Media Sosial
MENGENAI SAYA
Siti Norhaida Abd Rahman merupakan Penolong Pegawai Komunikasi di GTWHI. Beliau menamatkan pengajian dalam Sarjana Muda Komunikasi Media Baharu pada tahun 2022 dan menyertai GTWHI pada Februari 2024. Dengan latar belakangnya dalam bidang komunikasi dan media, beliau bertanggung jawab membantu pasukan dalam menjadi benteng hadapan bagi menerima tetamu dan menjawab pertanyaan. Beliau juga bertanggung jawab membantu pasukan dari segi penulisan, pengurusan acara, pemasaran, publisiti, pengemaskinian media sosial dan laman web GTWHI serta lain lain lagi. Beliau bangga dapat menjadi sebahagian dari GTWHI kerana dapat berbakti kepada negeri kelahirannya sendiri dan berazam untuk terus komited menyebarkan keunikan Pulau Mutiara di mata dunia sambil memupuk kesedaran orang awam tentang kepentingan memulihara tapak warisan dunia.
Saya merupakan seorang Pengurus Tapak yang bangga kerana sebagai anak jati Pulau Pinang, saya kagum dengan keindahan kekayaan pelbagai budaya di Pulau Pinang dan saya suka akan keunikan setiap bangunan warisan yang ada di Pulau Pinang. Saya percaya bahawa ada cerita di sebalik setiap tradisi dan seni bina yang ada dan saya berbesar hati untuk menyebarkannya kepada masyarakat tempatan dan pelancong apabila saya sudah mendapat lebih banyak pengetahuan dan pengalaman semasa bekerja di GTWHI.
- Penolong Pegawai Komunikasi, George Town World Heritage Incorporated
- Sarjana Muda Komunikasi Media Baharu dengan Kepujian, Fakulti Perniagaan & Komunikasi, Universiti Malaysia Perlis [2018 – 2022] (https://fpk.unimap.edu.my/index.php/program/undergratuate/newmediacommunication)
- Diploma Teknologi Maklumat (Pengaturcaraan), Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi, Politeknik Balik Pulau [2015 – 2018]
- Strengthening Women’s Strategic Policy Development Training, Sep 2023
- Gender Mainstreaming Training, March 2023
| Bahasa Melayu | bahasa ibunda; fasih menulis dan bertutur |
| Bahasa Inggeris | fasih menulis dan bertutur |







